TOPIK 8


JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu          : 9
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 4, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik                         : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian (online) dan
  Luar Talian (offline)

Tarikh            :25/02/13-27/02/13 ( digantikan pada 25/02/13-01/03/13)
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.

Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian
Soalan
1.1   Apakah yang dimaksudkan  pengajaran dalam talian dan luar talian?
1.2   Huraikan perkara-perkara berikut:
a) TMK untuk Pembelajaran Tutorial
b) TMK untuk Pembelajaran Penerokaan 

Sumber Rujukan :




Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan : Hasilkan satu simulasi pengajaran atas talian.
                 (Rujuk modul BMM3105 Program
                  pensiswazahan Guru – PPG)


2.
Rumusan:












Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

 ..............................................                     ...................................................



Tarikh : ......................................





Soalan 1        : Apakah yang dimaksudkan  pengajaran dalam talian dan luar talian?
Jawapan        :

Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara talian :
i) Dapat mengekses bahan dengan cepat.
ii) Kepelbagaian bahan
iii)Dapat meningkatkan kemahiran ICT.






Bahan yang boleh didapati dari internet ialah :
I) audio
Ii) gambar
Iii) video
Iv) teks dan dokumen
V) permainan

Soalan 2 : Huraikan perkara-perkara berikut:

A) TMK untuk Pembelajaran Tutorial
B) TMK untuk Pembelajaran Penerokaan 
Jawapan :
Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
•           Mencari dan mengakses maklumat daripada cd-rom, internet, portal  maklumat dan sebagainya.
•           Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
•           Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan?
·         Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang member penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh;
·         Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta. Simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
·         Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack. ( atau untuk mendownload program tersebut di )
·         Selain daripada mengakses maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
·         Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penorakaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan Ini?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
•           pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.
•           pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
•           aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
•           aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
•           Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
•           Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
•           Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
•           Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

Apa maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial
·         ICT merupakan kaedah pembelajaran tutorial yang digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial adalah seperti:
§  Pembelajaran ekspositori.
§  Demonstrasi sesuatu fenomena yang dipaparkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.
§  Latihan dan latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Bagaimana ICT Digunakan untuk Pembelajaran Tutorial
·         Computer Assisted Instruction adalah (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut :
§  mempersembahkan maklumat.
§  menilai pencapaian.
§  membimbing.
§  menyediakan dan memberi latihan.

·         Menurut Clack dan Sun (1996), kebanyakan perisian pendidikan yang digunakan semasa pembelajaran tutorial telah dicipta berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru.

Sebelum mengadaptasikan pendekatan ini, beberapa perkara yang harus pertimbangan.
Di antaranya adalah:
ü  Mempunyai perisian pendidikan yang sesuai.
ü  Memastikan guru terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak digunakan.
ü  Mempunyai peralatan ICT yang sesuai untuk melaksanakan perisian.
ü  Mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT.
ü  Mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan ICT.
ü  Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas).
ü  Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
ü  Penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan

Selain daripada itu, kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif, penyalahgunaan kemudahan ICT dan ia juga mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar untuk belajar sesuatu bidang ilmu.










No comments:

Post a Comment