JABATAN PENGAJIAN
MELAYU,
IPG Tengku
Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu :
Subjek : BBM 3105 Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer
Tempat : Makmal_____, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik : Membina dan
Menggunakan Tapak dan Laman Web Pengajaran
dan PembelajaranBagi Subjek Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Tapak Pembelajaran boleh diwujudkan
sama ada melalui :
a. Laman web atau blog secara
capaian on-line internet.
b. Perisian Microsoft Power Point
dengan capaian hyperlink
Tugasan 1.
Membina tapak pembelajaran dengan menggunakan laman web
atau blog.
Soalan 1 :
i. Apakah perbezaan dan persamaan antara laman web
dengan blog?
Sumber Rujukan :
|
||
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Tugasan 2.
Membina tapak pembelajaran dengan menggunakan perisian
Microsft Power Point
Soalan 2:
Jelaskan pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip
CASPER dalam persembahan Power Point.
Sumber Rujukan;
|
||
Rumusan:
|
|||
Tanda Tangan Pelajar Tanda Tangan
Pensyarah
..............................................
...................................................
(
) (
)
Tarikh : .....................................
|
Soalan : i. Apakah perbezaan dan persamaan antara laman
web
dengan blog?
Jawapan :
BLOG
·
Blog
adalah singkatan kepada Web-log. Log pada kata dasarnya adalah catatan samada
dalam frekuensi sekali sesaat, sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari,
sekali seminggu dan sebagainya. Ia merupakan satu catatan diary didalam media
elektronik berasaskan Internet. Blog
sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri daripada golongan
berlatarbelakangkan IT. Blog mempunyai
rekabentuk yang ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih
ringkas sesebuah tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej dan
sebagainya. Aktiviti mengemaskini blog
dipanggil “blogging” manakala orang yang mengemaskini blog dipanggil “blogger”.
WEBSITE
·
Satu
atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan
dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama
yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Mukasurat-mukasurat
ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu rangkaian yang
berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web. Dengan menggunakan pelayar web,anda boleh
membaca dan melihat sesuatu halaman yang mengandungi tulisan, gambar, video dan
lain-lain multimedia yang menghubungkan diantara mereka dengan menggunakan
jaringan (hyperlinks). Laman Web lebih
sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan maklumat-maklumat
berbentuk statik.
Soalan
2:
Jelaskan
pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip CASPER dalam persembahan Power Point.
CASPER??? Apa itu
CASPER itu sebenarnya. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina
persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks,
grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu
persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat
pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan
CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity Proximity
(Berhampiran), Emphasis (Penekanan), Repetition (Pengulangan).
Contrast (Pebezaan yang Ketara)
·
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun
perisian perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang). Kontra
juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan.
Selain daripada membezakan dua item yang berlainan, kontra adalah salah satu
cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap
sesuatu reka bentuk.Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh
ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan
kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis
berjauhan denganberdekatan dan grafik kecil dengan besar.
(ii) Alignment (Susunan Lurus)
·
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak
diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar
kelihatan menarik. Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang
ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain,
dalamprinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item jugaperlu
mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan
perisian.
(iii) Simplicity
(Mudah)
·
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan
pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu
bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat
memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah
ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain,
penggunaan grafik dan elemen media dalamperisian yang dibina perlulah membantu
pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas
contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.
(iv) Proximity
(Berhampiran)
·
Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka
perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna
merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan
tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit
visual daripada beberapa unit terpisah.
(v) Emphasis
(Penekanan)
·
Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi
memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu adalah dinasihati supaya
pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk
menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih
kepada elemen sampingan.
(vi) Repetition
(Pengulangan)
·
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka
perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan
yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang
berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian
terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap
media.Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media teks, audio, grafik
dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.
No comments:
Post a Comment