JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu : 8
Subjek : BBM 3105 Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer
Tempat : Makmal 3
Topik : Mengapikasikan Model
Pemprosesan Maklumat Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Tarikh : 18/02/13-20/02/13 (digantikan
pada 21/02/13-26/02/13)
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Soalan:
1. Berikan definisi Model Pemprosesan Maklumat
2. Huraikan jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan
dalam
pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer seperti di bawah:
i. Model Assure
ii. Model Teori Behaviouris
-
Model Hanaffin and Peck
-
Model Addie
iii. Model
Konstuktivisme
-
Model Hipermedia
iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan
Carey
Sumber Rujukan :
|
||
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Tugasan:
Sediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model
ASSURE dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
|
||
3.
|
Rumusan :
|
||
Tanda Tangan Pelajar Tanda Tangan
Pensyarah
.............................................. ...................................................
(
) (
)
Tarikh : ......................................
|
Soalan:
1.
Berikan definisi Model Pemprosesan Maklumat
Jawapan :
Model
pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang
pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh
komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang
diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan
disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui
proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan.
Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali
maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini
merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran
(Galbraith, 1994). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode
ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode
tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan
jangka panjang.
Prinsip-Prinsip Model
Pemprosesan Maklumat
1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran
maklumat
2) Pengaliran maklumat dua hala
3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan
pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan
menyimpan maklumat
Empat Proses Utama Dalam
Model Pemprosesan Maklumat
• Pengenkodan
•
Penyimpanan
• Mengigat
Kembali
• Lupaan
·
Fasa Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya
memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka
rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka
pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang
ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang
mudah disimpan.
·
Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan
tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor
ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran
atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang
telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
·
Ingatan Jangka
Pendek ('Short Term Memory') Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan
Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika
butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan
sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya
tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal').
Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Lupaan
dalam Ingatan Panjang ('Forgetting') Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali
sesuatu butir maklumat dengan tepat.
·
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Stor memori ini juga
dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka
pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan
kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu
mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses
ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak
ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
·
Ingatan Jangka Panjang ('LongTerm Memory')
Ingatan Jangka Panjang
masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod,
disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud
mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan
jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang
berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi
sukar diingat .
Soalan:
2. Huraikan
jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer seperti di bawah:
i. Model Assure
ii. Model Teori Behaviouris
-
Model Hanaffin
and Peck
-
Model Addie
iii. Model Konstuktivisme
-
Model Hipermedia
iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan
Carey
Jawapan :
Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.
Model ASSURE
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat
menjamin kejayaan.
1.
Analyse
Learners (Analisis
Pelajar)
2.
State
Objectives (
Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
3.
Select
methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan
sumber)
4.
Utilize
media and materials (
Guna media dan bahan sumber)
5.
Require
learner participation (Libatkan
pelajar dalam pembelajaran)
6.
Evaluate
and revise (Nilai
dan semak semula)
1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
1.
Ciri-ciri umum pelajar.
2.
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
3.
Gaya belajar
Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran,
jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah,
sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti.
Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya
melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.
Pengetahuan sedia ada.
Pengetahuan sedia ada.
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis
pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan
pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan
sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji
pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di
dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman
pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih
pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
Gaya Pembelajaran Pelajar.
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya
pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk
individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran
pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang
efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner
adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran
individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi
merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara
jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada
apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu
objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan
kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah
aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai
pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
1.
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
2.
Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
3.
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
4.
Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar). Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.
Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
·
melakar
·
menamakan
·
meramal
·
membaca
·
menjawab
·
melukis
·
menilai
·
melabel
·
menjelas
Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang
dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru
menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian
syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah
pembelajaran dan media yang sesuai.
Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian).
Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian).
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk
kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang
ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan
guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai
objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga
aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif
atau kuantatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
·
Melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada
lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
·
Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di
Malaysia yang mempunyai sultan.
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
·
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan
objektif yang
hendak dicapai.
·
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
·
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber
pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et
al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu
ditanya.
·
Adakah bahan ini menepati kurikulum?
·
Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
·
Adakah laras bahasanya jelas?
·
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
·
Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
·
Adakah bahan ini berkualiti?
·
Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
·
Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan
memihak?
·
Adakah ada panduan pengguna?
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi
memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan
berikut perlu dilakukan oleh guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.
·
Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
·
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
·
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran.
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau
berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini
disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori
kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi
pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan,
latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus
mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
6. Nilai dan Semak Semula
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya
langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber
sesuai dengan keupayaan pelajar.
No comments:
Post a Comment